Resepi Kuih Tepung Pelita

Resepi kuih tepung pelita mudah. Tepung pelita merupakan kuih tradisional Melayu yang popular terutama di bulan Ramadan. Teksturnya lembut, rasanya lemak-lemak manis dan baunya wangi. Sangat sesuai sebagai hidangan pencuci mulut, minum petang atau jamuan.

Nak buat tepung pelita ni taklah susah mana. Berikut kami kongsikan resipi kuih tepung pelita mudah tanpa perlu mengukus.


Resepi Kuih Tepung Pelita

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 30 minit ♦ Hidangan: 20 biji


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi tepung pelita.


Lapisan Bawah
  • 1 cawan gula halus

Lapisan Tengah
  • 1 cawan tepung beras 
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan jus pandan (dari 5 helai daun pandan)
  • 6 cawan air
  • 1 sudu kecil air kapur
  • Secubit garam

Lapisan Atas
  • 5 sudu besar rata tepung beras
  • 3 sudu besar rata tepung jagung
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 1 sudu kecil garam

Bahan Acuan
  • Daun pisang
  • Lidi atau stapler


Persediaan Bahan-bahan

  • Blend daun pandan dengan sedikit air, dapatkan setengah cawan jusnya.
  • Potong serong lidi (supaya tajam hujungnya) sepanjang 4 cm setiap satu.
  • Layur daun pisang dan potong anggaran 13x10 cm lebar.
  • Bentukkan sampan/acuan tepung pelita sebesar 7x4x4 cm. Kemaskan menggunakan lidi atau kelipkan dengan stapler. Ketepikan.

tepung pelita_thumb

Kuih tepung pelita, lemak, manis dan wangi ... sesuai untuk pelbagai acara


Cara Memasak

Berikut adalah langkah-langkah memasak kuih tepung pelita.

  1. Bagi lapisan bawah, letakkan satu sudu kecil gula halus ke dalam setiap bekas daun pisang. 
  2. Untuk lapisan kedua, masak kesemua bahan dengan api  perlahan. Kacau sehingga campuran pekat.
  3. Setelah masak, tuangkan ke dalam bekas tepung pelita yang telah dibubuh gula kisar tadi sehingga separuh penuh.
  4. Untuk lapisan ketiga (paling atas), masak dan kacau kesemua bahan dengan api perlahan sehingga masak, licin dan berkilat. 
  5. Tuangkan ke dalam bekas daun pisang sebagai lapisan paling atas.  Biarkan sejuk.
  6. Sejukkan tepung pelita di dalam peti sejuk sebelum dinikmati.

Selamat mencuba resepi kuih tepung pelita lemak manis.