Resepi Gulai Kari Ayam

Resepi kari ayam / ayam masak kari. Kari ayam atau dikenali juga dengan nama gulai ayam adalah menu lauk yang popular kerana ia sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis nasi dan roti. Ia juga mudah dimasak dan bahan-bahannya senang dicari.

Berikut kami kongsikan resipi ringkas ayam masak kari.


Resipi Kari Ayam

Masa persediaan: 30 minit ♦ Masa memasak: 25 minit ♦ Hidangan: 8 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi ayam masak kari.

  • 1 ekor ayam
  • 2 sudu besar atau 1 paket kecil rempah kari daging / ayam
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 biji ubi kentang
  • 5 cawan air
  • Gula/gula melaka dan garam secukup rasa

Bahan Tumis (A)
  • 1 tangkai daun kari - dilurut
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji cili kering
  • 3 sudu besar minyak masak


Persediaan Bahan-bahan

  • Potong ayam sederhana kecil dan bersihkan. Kemudian tuskan.
  • Kupas dan potong dadu ubi kentang.
  • Potong cili kering, buang biji dan rendam dalam air panas sehingga kembang, kemudian kisar.
  • Bancuh serbuk rempah kari dengan sedikit air supaya menjadi pes.
  • Hiris bawang merah dan bawang putih.

kari ayam masak kari sedap


Cara Memasak Kari Ayam

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyediakan kari ayam.

  1. Masukkan minyak masak ke dalam periuk dan panaskan dengan api yang sederhana. Tumis bahan-bahan A sehingga garing dan naik bau.
  2. Kemudian masukkan lada kering yang dikisar dan pes kari daging/ayam, gaul sebati dan masak hingga pecah minyak.
  3. Selepas itu masukkan ayam dan kacau sehingga air ayam kering.
  4. Masukkan ubi kentang, air dan masak sehingga mendidih.
  5. Perlahankan api, kemudian masukkan santan, air asam jawa, gula melaka dan garam secukup rasa.
  6. Kacau rata dan biarkan mereneh selama 5 hingga 10 minit.
  7. Padamkan api dapur dan angkat.


Cadangan Hidangan

Kari ayam sedap dinikmati bersama nasi putih, nasi tomato atau nasi minyak. Kalau dimakan dengan roti putih atau roti canai pun sedap.