Resepi Kek Batik Lembut Sedap
Resipi kek batik lembut. Kek batik atau hedgehog slice ni senang dan cepat dibuat serta tak perlu membakar atau mengukus. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa, sebagai kudapan ataupun untuk minum pagi atau petang. Kanak-kanak mesti suka snek berperisa coklat ini.
Berikut dikongsikan resipi kek batik lembut/moist sukatan cawan tanpa telur.
Resipi Kek Batik Lembut / Moist
Bahan-bahan
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek batik. Resipi kek batik ini tidak menggunakan telur. Sukatan boleh diubah terpulang kepada citarasa.
- 1 cawan (100gm) Milo
- 1 bungkus (300gm) biskut marie
- ½ buku (125gm) butter/mentega
- 2 sudu besar serbuk koko
- ¾ tin (375gm) susu pekat atau krimer manis
- Chocolate rice - optional
Persediaan Bahan-bahan
- Pecah-pecahkan setiap keping biskut Marie kepada 3-4 bahagian.
- Alas loyang 8x8 inci dengan kertas parchment atau aluminium foil. Kertas hendaklah menutup dasar dan juga sisi loyang.
Cara Membuat Kek Batik
Berikut adalah langkah-langkah menyediakan kek batik.
- Potong butter kecil-kecil dan masukkan dalam kuali. Cairkan menggunakan api kecil.
- Kemudian masukkan Milo, susu pekat manis dan serbuk koko. Kacau sebati menggunakan hand whisk sehingga pekat dan pastikan adunan coklat tidak berketul. Tutup api.
- Tuangkan sedikit adunan coklat ke dalam loyang dan ratakan.
- Susun satu lapis biskut Marie dalam loyang. Kemudian tuang sedikit adunan coklat ke atas lapisan biskut dan ratakan sehingga keseluruhan biskut dilitupi adunan. Ulangi untuk lapisan-lapisan seterusnya sehingga biskut dan adunan habis.
- Akhir sekali tabur chocolate rice untuk topping/hiasan.
- Simpan dalam peti sejuk semalaman supaya adunan mengeras.
- Potong (kepada segiempat bersaiz 2x2 inci) sebaik sahaja keluar dari peti sejuk supaya dapat potongan cantik.