Resepi Mee Kari Sedap Dan Simple

Resepi mee kari mudah. Mee kari antara salah satu juadah kegemaran ramai. Ia sesuai dihidangkan untuk jamuan di hari-hari istimewa seperti hari raya, hari jadi dan untuk rumah terbuka.

Walaupun bahan-bahan mee kari nampak banyak tapi memasaknya agak mudah dan tak rumit. Berikut kami kongsikan cara membuat mee kari.


Resipi Mee Kari Mudah Dan Sedap

Masa persediaan: 30 minit ♦ Masa memasak: 30 minit ♦ Hidangan: 5 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi mee kari.

  • 1 paket mee kuning (400 gm)

Bahan-bahan Kuah Kari
  • 1 mangkuk ayam
  • 1 paket fish cake
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 paket kecil serbuk kari ayam/daging
  • 4 ulas bawang putih
  • 8 biji bawang merah
  • 1 batang serai
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 tangkai daun kari - dilurut
  • Garam secukup rasa
  • Gula/gula melaka secukup rasa
  • Air asam jawa
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Air secukupnya

Bahan-bahan Hiasan
  • 1 ikat sayur sawi
  • 1 mangkuk tauge
  • 2 keping tauhu goreng
  • 3 biji telur ayam
  • 2 biji cili merah / 10 biji cili padi (kalau nak pedas)
  • Bawang goreng


Persediaan Bahan-bahan

  • Potong ayam keci-kecil dan hiris nipis fish cake.
  • Kisar bawang merah, bawang putih dan serai.
  • Bancuh serbuk rempah kari dengan sedikit air supaya menjadi pes.
  • Bersihkan dan potong sayur sawi, asingkan daun dan batang sawi.
  • Rebus telur, tuskan dan sejukkan. Kemudian kupas dan belah dua.
  • Potong nipis tauhu goreng.

mee kari ayam mudah, simple ala azie kitchen

Mee kari special ... sedap weii


Cara Membuat

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyediakan mee kari.


Mencelur
  1. Masak air dalam periuk sehingga mendidih.
  2. Masukkan mee kuning, cerai-ceraikan. Bila mee kuning lembut, keluarkan dan bilas dengan air sejuk supaya tak melekat . Kemudian tuskan.
  3. Masukkan batang sawi dan biarkan seketika. Kemudian tambah daun sawi dan taugeh. Tunggu 30 saat kemudian angkat dan tuskan.

Memasak Kari
  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan kisar dan daun kari hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing dan pecah minyak
  3. Masukkan pes kari, gaul sebati dan tumis hingga pecah minyak.
  4. Selepas itu masukkan ayam dan fish cake. Kacau sehingga air ayam kering.
  5. Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
  6. Kemudian masukkan santan, air asam jawa, gula melaka dan garam secukup rasa.
  7. Masak sambil mengacau (sepaya tak pecah minyak) sehingga mendidih.
  8. Kemudian perlahankan api dan biarkan mereneh kira-kira 5 minit. Jangan lupa kacau.
  9. Padamkan api dapur dan angkat.


Cara Hidangan

Masukkan mee ke dalam mangkuk dan tuangkan kari ke atasnya. Tambah sayur, cili, tauhu goreng, bawang goreng dan potongan telur. Mee kari sedia untuk dinikmati.

Lagi sedap kalau tambah isi kerang rebus dan sambal udang kering.

Click to go to top