Gulai Kuning Ikan Tenggiri Kelantan

Resepi gulai kuning ikan tenggiri Kelantan. Gulai kuning ikan tenggiri Kelantan sesuai untuk hidangan makan tengahari. Cara memasak gulai kuning ikan tenggiri tidak melibatkan menumis, sama dengan masak lemak cili api. Rupa kedua-dua masakan ini juga hampir sama, tetapi rasanya berbeza.

Untuk menu sarapan pagi, boleh cuba Gulai Ikan Tongkol / Aya.

Berikut kami kongsikan cara memasak gulai kuning ikan tenggiri ala Kelantan untuk para pembaca.


Resepi Gulai Kuning Ikan Tenggiri

Masa persediaan: 10 minit ♦ Masa memasak: 20 minit ♦ Hidangan: 4 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi gulai ikan tongkol.

  • 4 ketul ikan tenggiri
  • 1 cawan santan pekat segar (atau 1 kotak kecil santan)
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 batang timun
  • 4-5 batang kacang panjang
  • 2 biji cili hijau
  • 1 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa


Persediaan Bahan-bahan

  1. Potong ikan tenggiri, bersihkan, kemudian tuskan. Lagi senang kalau kasi potong siap-siap semasa dibeli.
  2. Kisar atau tumbuk kunyit, lengkuas dan bawang merah.
  3. Potong dua cili hijau, potong kacang panjang, belah dan potong timun.

gulai kuning tenggiri

Gulai kuning iakan tenggiri ... lemak, sedap dan menyelerakan


Cara Membuat

Berikut adalah langkah-langkah untuk memasak gulai kuning ikan tenggiri.

  1. Masukkan air, santan, asam gelugor, bahan kisar/tumbuk ke dalam periuk.
  2. Masak dengan api sederhana sambil mengacau supaya santan tidak berketul atau pecah minyak. Tambah air jika nak kuah lebih.
  3. Bila kuah menggelegak, masukkan ketulan ikan tenggiri, garam dan gula.
  4. Bila kuah mendidih, masukkan cili hijau, kacang panjang dan timun.
  5. Kecilkan api. Renehkan selama 10 minit sambil mengacau sekali sekala. Kacau perlahan supaya isi ikan tidak pecah.
  6. Kemudian padamkan api, angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba resepi gulai kuning ikan tenggiri.

Click to go to top