Resepi Dalca Kelantan Paling Sedap

Resepi dalca daging / ayam / sayur Kelantan. Selain dari gulai daging dan ayam goreng berempah, dalca merupakan masakan berkuah yang sering dihidangkan semasa majlis perkahwinan di negeri Kelantan. Dalca Kelantan biasanya tidak menggunakan kacang dal.

Berikut kami kongsikan resipi gulai dalca Kelantan.


Bahan-bahan untuk Dalca Kelantan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak dalca Kelantan.

  • 300 gm daging lembu atau daging ayam
  • 1 paket kecil rempah dalca / rempah kari daging
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang carrot/lobak merah - dikupas, dipotong Batonnet (macam french fries, cuma lebih pendek)
  • 5 batang putik jagung - dipotong serong
  • 2 biji cili hijau - dibelah atau potong dua
  • 2 biji terung- dibelah dua kemudian potong
  • 2 biji cili merah - dibelah atau potong dua
  • 10 batang bendi
  • 5 batang kacang panjang - dipotong dua inci
  • Air asam jawa
  • Gula melaka secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Bahan Kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia


Persediaan Bahan-bahan

Masa persediaan: 30 minit

  • Bersihkan dan potong nipis daging / potong kecil ayam. Kemudian tuskan.
  • Bancuh serbuk kari/dalca dengan sedikit air supaya menjadi pes.
  • Kisar gabungan bawang besar, bawang putih, bawang merah dan halia.
  • Cuci dan potong sayur seperti dinyatakan di atas (atau ikut suka), kecuali bendi. Kalau nak potong bendi, tunggu masa nak masukkan ke dalam dalca baru potong.

dalca daging, ayam atau sayur ala Kelantan yang sedap


Cara Memasak Dalca Kelantan

Masa memasak: 30 minit

Berikut adalah cara memasak dalca Kelantan.

  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga wangi.
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar. Tumis sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian kecilkan api dan masukkan pes rempah kari/dalca dan tumis sambil kacau sehingga garing.
  4. Masukkan daging daging dan gaul sebati. Kacau sehingga daging kecut dan mesra dengan rempah.
  5. Kuatkan api, tambah air dan masak sehingga daging empuk.
  6. Lepas tu masukkan santan, air asam jawa, garam, carrot dan putik jagung. Tambahkan air untuk kepekatan kuah yang diinginkan.
  7. Bila carrot dan putik jagung empuk, masukkan kacang panjang, bendi, terung, cili merah dan cili hijau.
  8. Bila kuah dalca mendidih matikan api dapur dan angkat.


Cadangan Hidangan

Hidangan: 6 orang

Dalca Kelantan sedap dinikmati bersama nasi putih, nasi tomato atau nasi minyak. Kalau dimakan dengan roti canai pun sedap.

Click to go to top