Resepi Mudah Coleslaw KFC

Kentucky Fried Chicken (KFC) bukan sahaja terkenal dengan ayam gorengnya, malah coleslawnya turut menjadi poojaan (gaya Seniman Bujang Lapok). Maka ramailah yang mencari resipi KFC untuk cuba buat sendiri di rumah.

Berikut adalah resepi coleslaw KFC versi AnekaResipi, berdasarkan carian di internet dan ditambahbaik selepas percubaan demi percubaan admin sendiri. Resepinya mudah, tapi rasanya mirip colesaw KFC yang asli, malah lebih sedap ... ehem.


Resipi Coleslaw KFC versi AnekaResipi

Masa persediaan: 20 minit ♦ Masa memasak: 0 minit ♦ Hidangan: 6 orang


Bahan-bahan

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1/2 biji kobis bulat sederhana besar (lebihkurang 400 gm)
  • 1/2 batang lobak merah / carrot
  • 1 sudu besar bawang besar Holland yang telah dicencang
  • 8 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar cuka makan
  • 1/2 sudu kecil garam


Persediaan Bahan-bahan

  1. Potong buang empulur kobis. Kemudian potong kobis kecil-kecil macam saiz coleslaw KFC.
  2. Kupas carrot dan potong kecil-kecil sama seperti kobis.
  3. Cencang halus bawang besar.
  4. Campurkan semua bahan di atas ke dalam bekas berpenutup.

resipi klon coleslaw KFC sedap dan mudah


Cara Membuat

Berikut adalah langkah-langkah menyediakan coleslaw ala KFC.

  1. Untuk buat sos, masukkan mayonis, cuka, minyak masak, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati. Rasanya mestilah manis, dengan sedikit rasa masam.
  2. Tuangkan sos ke atas sayuran yang telah dicencang dan gaul sebati.
  3. Tutup bekas dan perap dalam peti sejuk semalaman.
  4. Keluarkan dari peti sejuk bila nak makan. Hidangkan sejuk-sejuk baru best.
Click to go to top