Resepi Gulai Lemak Udang

Gulai lemak udang Kelantan. Memasak gulai darat udang ni memang senang & cepat sebab tidak perlu menumis, tapi hasilnya cukup sedap dan menyelerakan. Untuk dapatkan rasa terbaik, pastikan guna santan segar dan kunyit hidup.


Resipi Gulai Udang

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 15 minit ♦ Hidangan: 5 orang


Bahan-bahan untuk gulai udang

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat gulai lemak udang. Kalau nak gulai berwarna kuning, gantikan cili kering dengan cili padi.

  • 500 gm udang segar
  • 500 gm santan segar
  • 5 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 5 biji cili kering
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 biji cili hijau
  • Garam dan gula secukup rasa


Persediaan Bahan-bahan

  1. Potong cili kering, buang biji dan rendam dalam air panas hingga kembang. Kemudian kisar bersama bawang merah, bawang putih, kunyit dan lengkuas.
  2. Bersihkan udang. dan potong dua cili hijau.


Cara Memasak Gulai Udang

Berikut adalah langkah-langkah memasak gulai lemak udang.

  1. Masukkan santan, bahan kisar, asam keping dan air ke dalam periuk. Kuantiti air bergantung kepada berapa banyak kuah yang dikehendaki.
  2. Masak dengan api kecil sehingga mendidih. Sentiasa kacau supaya santan tidak berketul.
  3. Masukkan udang dan cili hijau. Masak sehingga warna udang kemerahan (sekitar 4 minit untuk udang saiz sederhana)*.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Padamkan api dan angkat.

* Jangan masak terlalu lama. Udang yang terlebih masak akan menjadi liat dan hilang manisnya

Click to go to top