Resepi Spaghetti Bolognese Sardin Dengan Cendawan

Spaghetti bolognese sardin mudah ini menggunakan ikan sardin dalam tin bagi menggantikan daging kisar, dan ditambah sedap dengan cendawan. Menyihatkan dan mesra kanak-kanak dan seisi keluarga.


Resipi Spaghetti Bolognese Sardin

Masa persediaan: 10 minit ♦ Masa memasak: 40 minit ♦ Hidangan: 5 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat spaghetti bolognese sardin.

  • 1 pek 500 gm spaghetti
  • 2 tin kecil sardin/mackerel dalam sos tomato
  • 1 pek 200 gm cendawan shitake atau cendawan butang
  • 1 tin besar tomato puree
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil chilli flakes
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1/2 sudu oregano kering
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Gula dan garam


Penyediaan Bahan-bahan

  1. Cencang bawang putih dan potong dadu bawang besar.
  2. Hiris nipis cendawan shitake.
  3. Tambuk kasar lada hitam.

sos spaghetti bolognese tomato sedap dan mudah


Cara Membuat Spaghetti Bolognese Sardin

Berikut adalah langkah-langkah menyediakan spaghetti bolognese sardin.


Cara memasak spaghetti

  1. Masak air dalam periuk besar.
  2. Bila air mendidih, masukkan satu sudu besar garam dan kemudian masukkan spaghetti. Kacau spaghetti supaya tidak melekat.
  3. Bila spaghetti lembut (sekitar 10 minit), angkat dan tuskan.
  4. Jangan buang kesemua air rebusan spaghetti. Simpan dua cawan untuk diguna kemudian.


Cara memasak sos tomato sardin

  1. Masukkan minyak, bawang besar, bawang putih ke dalam periuk dan tumis dengan api sederhana sehingga layu.
  2. Masukkan cendawan, chilli flakes dan tumis sehingga cendawan layu.
  3. Kemudian masukkan sardin bersama sosnya, hancurkan isi ikan dengan sudip.
  4. Masukkan tomato puri, lada hitam, oregano, sos cili, dua tin air dan satu cawan air rebusan spaghetti. Kacau sebati.
  5. Biarkan mereneh dengan api kecil, kacau sekali-sekala sehingga kuah pekat dan warna merah gelap. Masukkan gula dan garam jika perlu.
  6. Matikan api, angkat dan hidangkan.


Cadangan Hidangan

Spaghetti bolognese sardin cendawan sedap dimakan ketika panas. Tuangkan sos yang telah di masak ke atas spaghetti bila nak makan. Taburkan parutan keju, lada hitam atau chilli flakes jika suka.


Tip

Sos/kuah spaghetti bolognese sardin ni jadi lebih sedap jika disimpan semalaman dalam peti sejuk.

Click to go to top