Resepi Nasi Goreng Kampung Sedap

Cara membuat nasi goreng kampung dengan ikan bilis yang sedap dan pedas. Nasi goreng memerlukan nasi yang peroi (butir nasi tak melekat antara satu sama lain). Nasi lebihan yang disimpan dalam peti sejuk memang sangat sesuai untuk digoreng. Bahan-bahan untuk memasak nasi goreng kampung mudah didapati dan boleh ditukar ganti. Yang penting ada ikan bilis dan cili padi.

Berikut kami kongsikan resipi nasi goreng kampung.


Resipi Nasi Goreng Kampung

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 15 minit ♦ Hidangan: 3 orang


Bahan-bahan Nasi Goreng Kampung

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak nasi goreng kampung.

  • 3 mangkuk nasi sejuk
  • 1 genggam ikan bilis (satu sudu untuk ditumbuk, selebihnya untuk digoreng)
  • 10 biji cili padi (kurangkan jika tak suka pedas)
  • 10 batang kacang panjang (boleh digantikan dengan kobis atau kangkung)
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah kecil
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 5 sudu besar minyak masak
  • Garam dan serbuk perisa
  • 3 biji telur (optional - untuk telur mata kerbau)
  • Hirisan timun (optional)


Persediaan Bahan-bahan

  • Basuh ikan bilis dan tuskan.
  • Leraikan ketulan-ketulan nasi dengan jari.
  • Tumbuk kasar bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan cili padi.
  • Bersihkan kacang panjang dan potong sepanjang 1 cm.

nasi goreng kampung mudah sedap

Hidangan nasi goreng kampung dengan ikan bilis, telur mata kerbau dan timun


Cara Memasak Nasi Goreng Kampung

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyediakan nasi goreng kampung.

Pastikan bahan-bahan berada berdekatan kerana proses memasak nasi goreng ni cepat. Sentiasa mengacau supaya bahan-bahan masak sekata dan tidak hangus.

  1. Panaskan kuali, masukkan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Kemudian keluarkan ikan bilis dan ketepikan.
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam minyak yang sama dan tumiskan sehingga naik bau.
  3. Masukkan sos tiram, kacang panjang, garam dan serbuk perasa. Kacau dalam 2 minit.
  4. Masukkan nasi dan kacau rata dalam 5 minit sehingga keseluruhan nasi disalut tumisan dan masak sekata.
  5. Hidangkan panas-panas bersama telur mata, sambal belacan dan ulam timun.
Click to go to top