Resepi Kuih Lapis Sedap

Resipi kuih lapis sedap. Kuih lapis ialah kuih kukus tradisional yang cantik dengan rasa lemak manis. Kuih ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa, untuk minum pagi, minum petang atau sebagai pencuci mulut.

Berikut dikongsikan resipi kuih lapis mudah dan sedap.


Resipi Kuih Lapis

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 40 minit ♦ Hidangan: 5 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuih lapis tepung beras, dengan sukatan cawan.

  • 2 ½ cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 kotak santan 200ml
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/4 sudu teh garam
  • Pati perisa ros
  • Pewarna merah


Persediaan Bahan-bahan

  • Sediakan loyang empat segi berukuran 8x8 inci. Sapukan permukaan dalam loyang dengan minyak supaya kuih tidak melekat pada loyang.

kuih lapis tepung beras lembut sedap

Kuih lapis asli tepung beras. Koyakkan dan makan selapis selapis ... yummy


Cara Membuat Kuih Lapis

Berikut adalah langkah-langkah menyediakan kuih lapis.

  1. Panaskan pengukus sehingga air menggelegak. Masukkan loyang kosong yang telah disapu minyak ke dalam pengukus.
  2. Gaulkan tepung beras, tepung gandum, gula dan garam di dalam mangkuk.
  3. Masukkan santan ke dalam campuran tepung, kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil mengacau. Kacau sebati dan pastikan tiada ketulan - dengan menapis atau menggunakan hand blender.
  4. Bahagi adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiarkan putih, satu bahagian lagi masukkan pati perisa ros, menjadikan adunan warna merah muda. Kemudian bahagikan adunan kepada 8 bahagian (mewakili 8 lapisan) - 4 bahagian putih, 4 bahagian merah muda.
  5. Masukkan pewarna merah ke dalam 1 bahagian adunan merah muda untuk menjadikannya warna merah pekat. Gunakan bahagian ini untuk lapisan paling atas.
  6. Masukkan 1 bahagian adunan putih ke dalam loyang dan ratakan. Kukus selama 5 minit. Kemudian masukkan 1 bahagian adunan berwarna merah dan lakukan proses yang sama.
  7. Ulangi proses mengukus lapis demi lapis (langkah 6) sehingga adunan habis. Untuk lapisan terakhir (warna merah pekat), kukus selama 15 minit.
  8. Setelah siap, keluarkan kuih dari pengukus. Bila kuih sejuk potong ikut suka.


Tip

  • Untuk megelakkan wap air dari menitik ke atas kuih, balut penutup pengukus dengan tuala.
  • Untuk mendapatkan potongan yang baik. Pastikan kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong, dan gunakan pisau yang disapu dengan sedikit minyak masak atau gunakan pisau plastik.
Click to go to top