Resepi Ikan Celup Tepung

Cara membuat ikan goreng celup tepung. Ikan goreng celup tepung ialah di antara lauk sampingan popular untuk nasi kerabu. Ia juga sedap dimakan begitu sahaja panas-panas bersama sos pencicah.

Memasak ikan goreng celup tepung mudah dan ringkas sahaja. Berikut kami kongsikan resipi ikan goreng celup tepung.


Resipi Ikan Celup Tepung

Masa persediaan: 20 minit ♦ Masa memasak: 20 minit ♦ Hidangan: 5 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi ikan goreng celup tepung.

  • 5 ekor ikan kembong / selayang
  • 4 keping asam gelugor
  • Garam secukup rasa
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 cawan air - untuk adunan tepung goreng


Persediaan Bahan-bahan

  1. Siang ikan, bersihkan dan tuskan.
  2. Sediakan bancuhan untuk menggoreng dengan mencampurkan tepung beras, serbuk kunyit dan air. Kacau sehingga sebati.

ikan celup tepung sedap dan rangup

Ikan celup tepung ... rangup dan sedap


Cara Membuat

Berikut adalah langkah-langkah memasak ikan celup tepung.

  1. Masukkan ikan bersama garam dan asam keping. Tutup periuk dan masak dengan api sederhana. Seelok-eloknya rebus ikan lebih awal supaya rasa masam dan masin meresap ke dalam dalam isi ikan.
  2. Bila ikan sudah masak (isi bertukar ke warna putih), tutup api. Tuskan ikan.
  3. Untuk menggoreng, panaskan minyak dalam kuali. Celupkan ikan dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga garing.
  4. Angkat dan hidang panas-panas.
Click to go to top