Resepi Solok Lada Kelantan

Cara membuat solok lada Kelantan. Solok lada ialah lada/cili yang disumbat dengan inti ikan bercampur kelapa muda dan dimasak dalam santan. Solok lada yang cukup rasa ikan dan lemaknya sedap dimakan begitu sahaja, dengan nasi putih atau nasi kerabu.

Solok lada paling sedap ialah yang dibuat dengan ikhlas dan penuh kasih sayang. Berikut dikongsikan resipi solok lada Kelantan.


Resipi Solok Lada Kelantan

Masa persediaan: 20 minit ♦ Masa memasak: 20 minit ♦ Hidangan: 10 biji


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi solok lada Kelantan.

  • 10 biji lada solok*
  • 4 ekor ikan kembong / selayang mentah
  • 1 cawan kelapa muda parut
  • 5 biji bawang merah
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • ½ sudu kecil lada hitam
  • 1 cm halia
  • 2 batang serai
  • 1 cawan santan

* Lada/cili solok berwarna hijau muda dan rasanya kurang pedas berbanding cili hijau biasa.


Persediaan Bahan-bahan

  1. Buat belahan bermula dari tampuk lada hingga ke tengah badan lada. Keluarkan biji dan buang. Ulang untuk setiap biji lada.
  2. Basuh ikan, kemudian asingkan isi ikan dari tulangnya. Ambil isinya sahaja.
  3. Tumbuk bawang merah, halia dan lada hitam hingga lumat. Kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk lagi.
  4. Gaulkan bahan tumbuk dengan kelapa parut untuk membentuk inti solok. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Sumbat lada dengan inti sehingga sedikit melimpah. Tekan-tekan supaya padat.

solok lada Kelantan yang asli dan sedap menggunakan lada solok, direbus bukan dikukus

Solok lada Kelantan paling sedap


Cara Memasak

Berikut adalah langkah-langkah memasak solok lada.

  1. Atur solok lada mentah di dalam periuk, kemudian siram dengan santan.
  2. Rebus dengan api kecil sehingga santan hampir kering (dalam 10-15 minit) dan lada empuk.
  3. Matikan api, angkat dan hidangkan.
Click to go to top