Resepi Daging Masak Pedas

Resipi daging masak pedas. Daging masak pedas sesuai dimakan dengan nasi putih, nasi tomato atau nasi minyak. Sekali pandang, rupa daging masak pedas ni tak jauh bezanya dari daging masak merah, tetapi rasanya berlainan. Daging masak pedas semestinya ... lebih pedas.

Berikut kami share resipi daging masak pedas.


Resipi Daging Masak Pedas

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 30 minit ♦ Hidangan: 5 orang


Bahan-bahan daging masak pedas

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi daging masak pedas.

  • ½ kg daging lembu
  • 15 biji cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • ½ cawan air
  • 1 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis


Persediaan Bahan-bahan

  • Potong daging nipis-nipis melintang urat supaya cepat empuk.
  • Potong cili kering, buang biji dan rendam dalam air panas sehingga kembang. Kemudian kisar bersama halia, bawang putih, bawang merah, serai dan bawang besar.

daging masak merah pedas sedap

Daging masak pedas ... yummy


Cara Penyediaan

Berikut adalah cara memasak daging masak pedas.

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan kisar. Tumis sehingga garing dan pecah minyak.
  2. Masukkan gula dan teruskan menumis sehingga tumisan berwarna merah gelap dan berkilat.
  3. Masukkan daging dan air. Renehkan sehingga daging lembut. Tambah air jika air kering sebelum daging empuk.
  4. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato dan garam. Kacau rata.
  5. Bila kuah pekat, padamkan api, angkat dan hidangkan.
Click to go to top