Resepi Kuih Keria Sedap Dan Mudah

Kuih keria adalah manisan pencuci mulut yang popular, enak dinikmati untuk minum petang atau untuk berbuka puasa. Kuih keria merujuk kepada kuih keria yang disira dengan gula pasir, manakala keria gula melaka adalah versi yang disalut gula melaka. Sedikit berbeza, tapi kedua-duanya sedap dan mudah dibuat.

Berikut kami kongsikan resepi kuih keria sukatan cawan.


Resipi Kuih Keria

Masa persediaan: 30 minit ♦ Masa memasak: 15 minit ♦ Hidangan: 20 biji


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuih keria.


Bahan-bahan Untuk Doh
  • ½ kg ubi keledek oren atau putih
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil garam

Bahan-bahan Untuk Sira
  • ½ cawan gula pasir
  • 1 cawan air


Persediaan Bahan-bahan

  1. Campurkan tepung gandum dan tepung beras dalam satu bekas.

kuih keria mat gebu azlita sedap dan mudah


Cara Memasak

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat kuih keria.

  1. Kupas keledek, potong, bersihkan dan rebus bersama garam sehingga empuk. Tuskan kemudian lecekkan panas-panas dalam mangkuk adunan sehingga lumat.
  2. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh. Jangan terlebih tepung, nanti keras.
  3. Ambil sedikit doh, bulatkan, kemudian leperkan sedikit dan seterusnya buat lubang di tengah. Letak atas dulang beralas plastik atau tepung supaya tak melekat. Ulangi sehingga habis doh.
  4. Goreng kuih di dalam minyak banyak (deep fry) sehingga keperangan. Kemudian angkat dan tuskan.
  5. Untuk menyira, didihkan air dalam kuali besar. Kemudian masukkan gula pasir. Masak dengan api kecil sehingga air gula berbuih dan likat berkilat.
  6. Masukkan kuih keria yang telah digoreng dan gaulkan rata sampai semua kuih bersalut air gula.
  7. Kecilkan api dan teruskan mengacau air gula berhalwa.
  8. Tutup api, angkat dan ceraikan kuih yang melekat.
  9. Biarkan sejuk sedikit sebelum hidang.
Click to go to top