Resepi Ayam Masak Merah

Ayam masak merah adalah lauk berasaskan ayam yang popular, dan merupakan antara menu pilihan untuk kenduri kahwin selain ayam goreng berempah dan daging masak hitam. Ia adalah sajian yang sesuai dinikmati dengan pelbagai jenis nasi, tapi paling sedap kalau dimakan dengan nasi tomato.

Menyediakan ayam masak merah simple dan bahan utamanya mudah dicari. Berikut kami kongsikan cara buat ayam masak merah sedap dan mudah.


Resepi Ayam Masak Merah

Masa persediaan: 30 minit ♦ Masa memasak: 35 minit ♦ Hidangan: 4 orang


Bahan-bahan Ayam Masak Merah

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ayam masak merah.

  • ½ ekor ayam
  • 1 cawan air
  • 3 sudu besar santan
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 biji tomato
  • 1 biji bawang besar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • Garam dan gula
  • Minyak masak


Bahan kisar

  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 1 cm halia
  • 1 batang serai
  • 10 tangkai cili kering


Persediaan Bahan-bahan

  • Buang biji dan rendamkan cili kering dalam air panas hingga kembang.
  • Potong ayam sederhana besar dan bersihkan. Gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit.
  • Hiris bulat bawang besar, dan tomato potong baji.
  • Kisar bahan kisar kecuali cili.
  • Kisar cili berasingan.

ayam masak merah kenduri kahwin mudah simple inspirasi ayam masak merah chef wan, tanpa madu


Cara Memasak Ayam Masak Merah

Berikut adalah cara memasak ayam masak merah.

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam hingga warna kekuningan (goreng setengah masak). Kemudian angkat dan ketepikan.
  2. Tumis hirisan bawang besar, kulit kayu manis dan bunga lawang dengan api kecil hingga bawang layu.
  3. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
  4. Masukkan cili kisar dan sos cili. Tumis menggunakan api perlahan sehingga betul-betul garing dan pecah minyak.
  5. Masukkan gula dan teruskan menumis sekejap supaya sambal berwarna cantik kemerahan dan berkilat.
  6. Masukkan ayam yang dah digoreng bersama sedikit air, santan, tomato dan garam. Kacau dan masak sehingga santan pecah minyak.
  7. Padamkan api dan hidangkan.


Cadangan Hidangan

Hidangkan ayam masak merah dengan nasi putih, nasi tomato, nasi briyani, nasi minyak atau ketupat.

Selamat mencuba sendiri resepi masakan tradisi Malayu ayam masak merah ini.

arrow_upward