Resepi Pulut Inti Kelapa Manis

Cara buat pulut inti manis. Pulut inti kelapa manis atau lebih dikenali sebagai Pulut Inti ialah pulut yang dikukus dengan santan kelapa dan dihidang dengan inti kelapa parut yang di masak dengan gula Melaka. Kuih tradisional Melayu ini biasanya dibungkus dalam daun pisang.

Berikut kami kongsikan resepi pulut inti kelapa manis untuk anda cuba sendiri di rumah.


Resepi Pulut Inti Kelapa Manis

Masa persediaan: 10 minit ♦ Masa memasak: 40 minit ♦ Hidangan: 6 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi pulut inti kelapa manis sukatan cawan.


Bahan Pulut
  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan
  • 1/2 sudu kecil garam

Bahan Inti
  • 1/2 biji (2 cawan) kelapa parut isi putih
  • 2 keping gula melaka / nise
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu kecil tepung gandum
  • 2 helai daun pandan
  • Secubit garam
  • 2 sudu besar air


Persediaan Bahan-bahan

  • Rendam beras pulut 3 jam.
  • Larutkan garam di dalam santan.
  • Racik halus gula melaka.

pulut inti kelapa sedap

Pulut inti nyior ... lemak manis dan sedap


Cara Penyediaan

Berikut adalah cara memasak pulut berintikan kelapa.


Cara Masak Pulut
  1. Tuskan beras pulut, kemudian kukus dengan daun pandan selama 25 minit atau setengah masak.

  2. Angkat dan masukkan ke dalam besen. Gaulkan bersama santan dan garam.
  3. Kemudian kukus semula selama 15 minit sehingga masak.

Cara Buat Inti Kelapa
  1. Panaskan kuali non-stick dengan api kecil. Masukkan gula, gula melaka, garam, air dan simpulan daun pandan.
  2. Bila gula dah larut sepenuhnya, pekat dan berkilat, masukkan kelapa dan gaul sekata.
  3. Bila inti hampir kering, taburkan tepung gandum dan gaul. Gandum bertindak sebagai pengikat supaya inti tidak berderai.
  4. Masak sehingga inti agak kering kemudian angkat.


Cara Hidang

Bubuh pulut ke dalam pinggan dan letakkan inti kelapa di atasnya. Sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba resepi pulut berinti kelapa manis.

Click to go to top