Resepi Ayam Lemon Madu / Honey Lemon Chicken

Cara masak ayam lemon madu atau honey lemon chicken. Ayam lemon merupakan hidangan yang popular di restoran masakan Cina. Hidangan ayam ini ringan dan sedap, rasanya masam masam manis. Ayam lemon madu adalah satu variasi daripada ayam lemon, di mana bahan pemanisnya iaitu gula, diganti dengan madu.

Sebenarnya ayam lemon madu boleh sahaja dimasak di rumah. Resipinya simple, kaedah memasaknya mudah dan cepat.

Berikut kami kongsikan resepi mudah ayam lemon madu.


Resepi Lemon Chicken

Masa persediaan: 20 minit ♦ Masa memasak: 10 minit ♦ Hidangan: 4 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ayam masak lemon dengan madu.

  • 2 keping isi dada ayam
  • 1 sudu besar kicap cair
  • ½ sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • Minyak masak menggoreng

Bahan Sos Lemon
  • 3 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil parutan kulit lemon (lemon zest)
  • 3 sudu besar madu
  • 3 biji cili padi – optional
  • Bancuhan 1 sudu kecil tepung jagung + 1 sudu besar air
  • ½ cawan air
  • Sedikit garam


Persediaan Bahan-bahan

  • Potong kiub atau memanjang daging ayam.

ayam goreng lemon madu honey lemon chicken

Ayam lemon madu ... masam-masam manis sedap


Cara Memasak

Berikut adalah cara memasak ayam lemon madu.

  1. Gaul ayam dengan tepung jagung, kicap dan lada sulah. Perap selama 30 minit.
  2. Kemudian masukkan campuran tepung gandum dan tepung jagung dan gaul rata.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ayam sehingga garing perang keemasan. Tuskan ayam goreng di atas paper towel. Ulangi sehingga ayam habis.
  4. Dalam kuali lain masukkan bahan sos kecuali bancuhan tepung jagung. Sebolehnya gunakan kuali non-stick untuk elakkan madu melekat pada kuali.
  5. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau.
  6. Bila sos memekat, masukkan ayam yang telah digoreng, gaul sehingga ayam disalut rata oleh sos lemon. Kemudian terus angkat.
  7. Hidangkan segera panas-panas dengan nasi putih.


Tip

  • Menggoreng boleh dilakukan samada secara minyak banyak (deep fry) atau goreng tohor. Terpulang pada citarasa masing-masing.
  • Jangan goreng terlalu banyak sekaligus. Ini untuk memastikan ayam garing dan tak berminyak.

Selamat mencuba resepi ayam lemon madu atau honey lemon chicken.