Resepi Sotong Masak Merah Sedap

Sotong masak merah sedap. Sotong masak merah ni memang simple, mudah dan cepat disediakan, macam sotong stir-fry. Menu penyelamat bagi mereka yang kesuntukan masa tapi mahukan masakan panas dan segar. Sotong masak merah rasanya mild dan sedikit masam manis. Ia tidak pedas walaupun rupanya hampir sama dengan sambal sotong. Sesuai untuk anak-anak.

Berikut kami kongsikan resepi simple sotong masak merah.


Resepi Sotong Masak Merah

Masa persediaan: 10 minit ♦ Masa memasak: 10 minit ♦ Hidangan: 4 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi sotong masak merah.

  • 500gm sotong segar
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 batang serai
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji cili hijau
  • ¼ sudu kecil pes asam jawa
  • Minyak masak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa


Persediaan Bahan-bahan

  • Bersihkan sotong – buang perut dan pasi, kemudian bilas. Potong ikut suka atau biarkan tanpa dipotong. Kemudia tuskan.
  • Mayang bawang putih dan dan bawang merah.
  • Potong serong cili hijau dan potong bulat bawang besar.
  • Ketuk dan potong serai.

sotong masak merah sedap simple


Cara Memasak

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat sotong masak merah.

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan serai sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sotong, diikuti dengan pes asam jawa dan sos cili. Kacau.
  4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Tambah air jika inginkan kuah.
  5. Akhir sekali masukkan bawang besar dan cili hijau.
  6. Bila sotong dan masak (sotong berubah dari lutsinar kepada warna putih), matikan api dan angkat.
  7. Hidangkan panas-panas.
Click to go to top