Resepi Kuih Bom Bijan Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

Resepi kuih bom bijan. Kuih bom atau dikenali juga sebagai kuih onde-onde (Indonesia) merupakan sejenis kuih goreng yang dibuat daripada tepung beras pulut. Ia berbentuk bulat, bersalut bijan dan berintikan kacang hijau, kacang merah atau kelapa manis. Kulit kuih bom rangup dan sedikit kenyal, intinya lembut serta manis.


Resipi Kuih Bom

Masa persediaan: 30 minit ♦ Masa memasak: 20 minit ♦ Jumlah hidangan: 15 biji


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi kuih bom.


⦿ Bahan-bahan Untuk Kulit
  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu teh air kapur
  • ½ sudu kecil garam
  • ¾ -1 cawan air
  • Bijan secukupnya

⦿ Bahan-bahan Inti Kacang
  • 1½ cawan kacang hijau @ kacang merah
  • 1 keping gula melaka
  • ½ cawan gula pasir
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 helai daun pandan


Persediaan Bahan-bahan

  1. Rendam kacang hijau semalaman. Kemudian tuskan.

kuih bom bijan biasa jian dui

Kuih bom ... crispy dan kenyal di luar, lembut di dalam


Cara Membuat Kuih Bom

Berikut adalah langkah-langkah memasak kuih bom bijan.


⦿ Cara Membuat Inti
  1. Masukkan kacang hijau yang telah direndam, air dan daun pandan ke dalam kuali/ periuk. Rebus sehingga kacang empuk.
  2. Kemudian masukkan gula melaka, gula pasir dan garam. Kacau sambil melenyek untuk menghancurkan kacang.
  3. Bila hampir kering, masukkan tepung gandum untuk mengikat inti supaya tidak berderai. Gaul rata.
  4. Bila agak kering, angkat dan biarkan sejuk.
  5. Bila dah sejuk, bahagikan inti kepada 20 bahagian dan kepalkan bulat-bulat.

⦿ Cara Membuat Kulit
  1. Campurkan tepung pulut, tepung gandum, air, air kapur dan garam di dalam mangkuk.
  2. Gaul hingga doh tidak melekat pada tangan dan mangkuk.
  3. Pastian doh tidak terlalu lembik atau terlalu keras. Kuih bom akan kemek jika doh lembik, dan akan meletup jika terlalu keras.
  4. Bahagikan doh kepada 20 biji doh kecil yang berbentuk bulat.

⦿ Cara Membuat dan Menggoreng Kuih
  1. Panaskan minyak banyak di dalam kuali dengan api sederhana kecil.
  2. Ambil sebiji doh, leperkan dan masukkan inti. Tutup doh kemudian bulatkan. Guling-gulingkan kuih di dalam bijan hingga keseluruhan kuih diselaputi bijan. Ulangi sampai doh habis.
  3. Goreng kuih secara deep fry untuk elakkan kuih meletup atau merekah semasa menggoreng. Balik-balikkan semasa menggoreng.
  4. Bila kuih timbul di permukaan minyak, besarkan sedikit api untuk merangupkan kulitnya.
  5. Angkat bila kuih berwarna kuning keemasan. Tuskan di atas paper towel.
  6. Hidangkan bersama teh o atau kopi o untuk sarapan pagi atau minum petang.