Masak Lemak Labu Kuning Sedap

Cara masak lemak labu kuning sedap. Sayur lemak atau masak lemak labu kuning merupakan masakan cara kampung yang simple, tapi cukup menyelerakan. Rasanya lemak manis, sedap dinikmati dengan nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan atau budu bagi orang Kelantan.

Memasaknya cukup mudah dan cepat. Berikut kami kongsikan resepi masak lemak labu kuning.


Resepi Masak Lemak Labu Kuning

Masa persediaan: 10 minit ♦ Masa memasak: 15 minit ♦ Hidangan: 5 orang


Bahan-bahan

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak lemak labu.

  • 500gm labu kuning
  • Secekak pucuk labu
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 4 biji bawang merah
  • 1 ekor ikan rebus / bakar (boleh digantikan dengan ikan bilis)
  • 2 biji cili hijau
  • 1/2 sudu kecil lada hitam (optional)
  • Secubit serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa


Persediaan Bahan-bahan

  1. Kupas labu kuning dan potong kiub. Potong pucuk labu, ambil yang lembut sahaja.
  2. Tumbuk isi ikan rebus bersama bawang merah dan lada hitam.
  3. Potong serong cili hijau.

labu masak lemak sedap


Cara Memasak

Berikut adalah langkah-langkah memasak sayur lemak labu kuning.

  1. Masukkan santan cair, labu, serbuk kunyit dan bahan-bahan yang ditumbuk ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana sehingga labu hampir empuk.
  2. Kemudian perlahankan api, masukkan santan pekat dan pucuk labu. Kacau (supaya santan tidak berketul) sehingga mendidih.
  3. Akhir sekali masukkan cili hijau, garam dan gula. Tambah air jika inginkan kuah lebih.
  4. Bila labu cukup empuk/masak, matikan api, angkat dan hidangkan.
arrow_upward