Daging Masak Halia Chinese Style

Resipi daging masak halia. Daging goreng halia atau daging masak halia merupakan masakan daging goreng ala Cina yang simple dan sedap. Walaupun sepopular daging goreng kunyit atau daging masak merah, tetapi ia tetap digemari bagi mereka yang sukakan rasa halia dan khasiatnya. Halia ni bagus untuk kesihatan, kaya dengan antioksidan dan boleh buang angin dalam badan.

Berikut kami kongsikan cara masak daging goreng halia simple tapi sedap. Untuk yang lebih sukakan ayam, bolehlah cuba ayam masak halia.


Resepi Daging Masak Halia Ala Cina

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 5 minit ♦ Hidangan: 4 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi daging masak/goreng halia.

  • 300 gm daging lembu
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia muda
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 biji cili hijau atau merah
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • ½ cawan air
  • Sedikit lada sulah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 pokok daun bawang
  • Minyak masak untuk menumis


Persediaan Bahan-bahan

  • Potong daging nipis-nipis melintang urat supaya cepat lembut bila dimasak. Cuci dan tuskan. Gaulkan daging dengan kicap, sos tiram dan lada sulah. Perapkan selama 15 minit.
  • Hiris nipis bawang putih. Ketuk dan hiris halia memanjang.
  • Hiris bulat bawang besar. Potong serong cili hijau. Potong daun bawang 2 inci panjang.
  • Bancuh tepung jagung dengan setengah cawan air.

daging masak goreng halia

Daging masak halia ... sedap dan penuh khasiat


Cara Memasak

Masakan ini menggunakan kaedah kacau goreng (stir-fry). Ia menggunakan api besar dan memasak dengan pantas. Pastikan bahan-bahan memasak tersedia, berada berdekatan dan mudah dicapai. Sentiasa kacau atau lambung untuk elakkan hangus.

  1. Panaskan minyak dalam kuali hingga berasap. Masukkan halia dan bawang putih, kacau goreng sehingga wangi.
  2. Masukkan daging yang telah diperap dan teruskan kacau goreng sehingga daging masak.
  3. Masukkan cili hijau, daun bawang dan bawang besar. Masukkan garam dan gula jika perlu. Gaul rata.
  4. Perlahankan api dan masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sebati.
  5. Bila kuah pekat, padamkan api, angkat dan hidangkan panas-panas.

Semoga resepi daging masak halia ini dapat membantu mempelbagaikan lagi menu masakan para pembaca.

Click to go to top