Resepi Bihun Goreng Simple PKP

Resipi bihun / mee hoon goreng simple. Bihun, bee hoon atau mee hoon goreng mudah dimasak dan sedap dimakan. Resipi bihun simple ni senang dimasak dan hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di rumah. Sesuai sangat dimasak dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sempena wabak COVID-19 sekarang.

Berikut kami kongsikan resipi bihun goreng simple PKP.

bihun mee hoon goreng simple sedap ringkas


Bahan-bahan

Bahan untuk bihun goreng

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak bihun goreng PKP. Bahan protin serta sayuran boleh ditukar dengan apa-apa yang anda suka atau apa yang ada dalam peti sejuk.

  • 1 paket bihun - rendam sehingga lembut dan toskan
  • 4 ulas bawang putih – dikisar/tumbuk
  • 5 biji bawang merah - dikisar /tumbuk
  • 1 cm halia – dikisar/tumbuk
  • 1 jemput ikan bilis – dikisar/tumbuk berasingan
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 mangkuk kecil isi ayam (atau udang, sotong)
  • 1 mangkuk hirisan kobis
  • 2 cawan air
  • Cili hijau
  • Garam dan gula


Bahan untuk hiasan

Bahan-bahan sampingan untuk tabur.

  • Daun sup / daun bawang
  • Hirisan cili api


Cara Memasak Bihun Goreng

Berikut adalah cara membuat bihun goreng simple.

  1. Panaskan minyak masak secukupnya.
  2. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah diblend sehingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
  4. Masukkan isi ayam, dan ikan bilis tumbuk. Kacau sehingga masak.
  5. Masukkan air, sos tiram serta kicap manis. Tunggu sehingga ia mendidih dengan api perlahan.
  6. Masukkan bihun gaulkan rata sehingga bihun lembut dan sebati. Tambah garam dan gula (atau serbuk perisa) secukup rasa. Tambah air jika perlu.
  7. Akhir sekali masukkan sayur kobis dan hirisan lada hijau, dan kacau rata.
  8. Bila kubis layu, tutup api, angkat dan hidangkan.


Cara Hidangan

Bihun goreng enak dihidangkan bersama taburan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Sedap dimakan dengan keropok keping sambil menonton movie.