Resepi Ayam Bakar BBQ

Resepi ayam bakar barbecue. Membakar ayam atau barbeque merupakan salah satu aktiviti pengerat silaturrahim semasa family gathering atau perkelahan. Rahsia ayam BBQ yang sedap terletak pada perapannya.

Berikut kami kongsikan resipi ayam bakar sedap.


Resipi Ayam Bakar

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 30 minit ♦ Hidangan: 5 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi ayam bakar / barbecue.

  • 1 ekor ayam
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 1½ sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 6 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar garam


Persediaan Bahan-bahan

  1. Potong ayam ikut suka dan bersihkan. Kalau potongan besar, kelarkan supaya senang masak. Tuskan sehingga kering.
  2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan serai. Campurkan dengan jintan manis, jintan putih, serbuk kunyit, lada sulah, gula perang dan garam untuk membentuk pes perapan. Gaul sebati.
  3. Sediakan bahan untuk sapuan: Campurkan pes perapan dengan sedikit air, sos cili dan minyak dalam mangkuk kecil untuk digunakan sebagai sapuan semasa membakar. Ikat 3 batang serai yang diketuk hujungnya untuk digunakan sebagai berus.

ayam panggang bakar bbq

Ayam bakar dengan coleslaw dan sos lada hitam


Cara Membuat

Berikut adalah langkah-langkah menyediakan ayam bakar.

  1. Gaulkan ayam dengan pes perapan. Masukkan ke dalam bekas tertutup dan perap semalaman di bahagian chiller peti sejuk.
  2. Keluarkan ayam dari peti sejuk 1 jam sebelum membakar.
  3. Bakar ayam di atas bara api. Semasa membakar, renjiskan bahan sapuan ke atas ayam dan balik-balikkan supaya ayam masak sekata. (Kalau nak guna pemanggang ajaib pun boleh).
  4. Angkat bila ayam masak.


Cadangan Hidangan

Ayam bakar ini sedap dimakan dicicah sos lada hitam atau pencicah pilihan anda. Boleh digandingkan dengan coleslaw atau salad. Ia juga sangat sesuai dijadikan lauk untuk nasi kerabu.

Click to go to top