Resepi Kuih Keria Gula Melaka

Kuih keria adalah manisan pencuci mulut yang popular untuk juadah berbuka puasa atau untuk minum petang. Kuih keria gula melaka adalah versi kuih keria di mana salutannya menggunakan gula melaka, bukan gula pasir.

Berikut kami kongsikan resipi kuih keria gula melaka dengan sukatan cawan.


Resipi Kuih Keria Gula Melaka

Masa persediaan: 30 minit ♦ Masa memasak: 15 minit ♦ Hidangan: 20 biji


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuih keria gula melaka.


Bahan-bahan Untuk Doh
  • ½ kg ubi keledek
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1½ sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil garam

Bahan-bahan Untuk Sira
  • 2 keping gula melaka
  • 1 sudu besar gula batu
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 cawan air


Persediaan Bahan-bahan

  1. Campurkan tepung gandum, tepung beras dan soda bikarbonat dalam satu bekas.
Kuih Keria Gula Melaka


Cara Memasak

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat kuih keria gula melaka.

  1. Kupas keledek, potong, bersihkan dan rebus bersama garam sehingga empuk. Tuskan kemudian lecekkan panas-panas dalam mangkuk adunan sehingga lumat. Keluarkan urat-urat kasar dari ubi jika ada.
  2. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
  3. Ambil sedikit doh, bulatkan, kemudian leperkan sedikit dan seterusnya buat lubang di tengah. Ulangi sehingga habis doh.
  4. Goreng kuih di dalam minyak banyak (deep fry) sehingga keperangan. Kemudian angkat dan tuskan.
  5. Untuk menyira, didihkan air dalam kuali besar. Kemudian masukkan gula melaka, gula batu dan gula pasir. Masak dengan api kecil sehingga air gula berbuih dan likat berkilat.
  6. Masukkan kuih keria yang telah digoreng dan gaulkan rata sampai semua kuih bersalut air gula.
  7. Kecilkan api dan teruskan mengacau sehingga air gula kering.
  8. Tutup api, angkat dan ceraikan kuih yang melekat.
  9. Hidangkan bila kuih dah sejuk sedikit.
arrow_upward