Resipi Cucur Udang Mantap

Cucur udang adalah kuih pencuci mulut yang popular untuk juadah minum petang. Cucur udang ini mudah untuk dibuat dan enak dinikmati bersama keluarga tersayang.

Berikut kami kongsikan resipi cucur udang mantap dengan sukatan cawan.


Resipi Cucur Udang Mantap

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 25 minit ♦ Hidangan: 30 biji


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat cucur udang sedap.


Bahan-bahan Untuk Adunan
  • ½ kg tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 600ml air
  • Segenggam daun kucai
  • 15 ekor udang

Persediaan Bahan-bahan

  1. Potong daun kucai pendek-pendek.
  2. Potong setiap udang kepada dua bahagian.
  3. Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan air dalam satu bekas.
resipi cucur udang sedap


Cara Memasak

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat cucur udang sedap.

  1. Gaul sehingga sebati adunan tersebut dan campurkan potongan daun kucai sehingga rata dan pastikan adunan cucur tidak terlalu cair.
  2. Biarkan adunan cucur selama 1 jam sebelum digoreng.
  3. Masukkan minyak yang banyak untuk (deep fry). Kemudian, sediakan senduk bulat dan panaskan senduk tersebut di dalam minyak banyak.
  4. Ambil senduk panas dan isi adunan cucur ke dalam senduk tersebut dan letakkan potongan udang di atas adunan cucur.
  5. Masukkan adunan cucur udang di dalam senduk ke dalam minyak banyak (deep fry) dan pastikan adunan cucur tersebut tercabut dari senduk barulah teruskan menggoreng adunan selebihnya sehingga habis.
arrow_upward