Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis Sedap

Cara mudah buat nasi lemak dengan sambal ikan bilis yang sedap. Selain roti canai, nasi lemak juga merupakan makanan sarapan pagi yang sangat digemari rakyat Malaysia.

Terdapat bermacam jenis nasi lemak contohnya nasi lemak biasa, nasi lemak pandan, nasi lemak kukus, nasi lemak tanpa santan. Harga pula berbeza-beza bergantung kepada lauk dan lokasi di mana ia dijual, dari satu ringgit sebungkus untuk nasi lemak ikan bilis campur kacang simple yang dijual di tepi jalan, hinggalah puluhan ringgit sepinggan untuk nasi lemak lobster yang dihidang di restoran atau hotel.

Apapun, nasi lemak yang baik nasinya peroi berderai, rasanya lemak dan baunya wangi. Manakala sambal nasi lemak yang sedap kuahnya pekat, berwarna merah gelap dan seimbang rasa pedas, masin dan manisnya.

Berikut kami kongsikan resepi nasi lemak biasa dengan sambal ikan bilis.


Resipi Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis

Masa persediaan: 20 minit ♦ Masa memasak: 45 minit ♦ Hidangan: 6 orang

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat nasi lemak dan sambal ikan bilis.


Bahan-bahan nasi

  • 3 cawan beras
  • 3 cawan air
  • ½ cawan santan pekat
  • 2 helai daun pandan (disiat dan disimpul) atau 1 batang serai (diketuk)
  • ⅓ sudu kecil garam


Bahan-bahan sambal ikan bilis

  • 1 cawan ikan bilis
  • 20 biji cili kering
  • ½ cawan minyak masak
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 2 biji bawang besar
  • 1 cm halia
  • Sedikit belacan
  • Air asam jawa
  • 2 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa


Bahan-bahan lain

  • Kacang tanah yang telah digoreng
  • Ikan bilis goreng
  • Telur rebus
  • Timun


Persediaan Bahan-bahan

  1. Basuh ikan bilis dan tuskan.
  2. Potong cili kering, buang biji dan rebus atau rendamkan dalam air panas hingga kembang. Kemudian kisar bersama halia.
  3. Kisar bawang merah bersama bawang besar.
  4. Kupas telur rebus dan belah dua. Potong serong timun.

nasi lemak kelantan azie kitchen dan nasi lemak chef wan

Nasi lemak ... enak dimakan bila-bila masa


Cara Membuat Nasi Lemak

Berikut adalah langkah-langkah menyediakan nasi lemak yang peroi, lemak & wangi dan sambal tumis ikan bilis yang sangat sedap.


Memasak nasi
  1. Bersihkan beras dan tuskan.
  2. Masukkan beras ke dalam rice cooker dan masak sehingga air kering.
  3. Kemudian masukkan air, garam dan daun pandan. Kacau sebati. Teruskan memasak seperti biasa.
  4. Bila air hampir kering, masukkan santan dan kacau sekata.
  5. Tutup balik periuk dan tunggu sehingga nasi masak.

Membuat sambal ikan bilis
  1. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk.
  2. Tumiskan bawang kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan belacan, dan tumis menggunakan api kecil sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan gula dan teruskan menumis sehingga sambal berwarna merah gelap dan berkilat.
  5. Kemudian masukkan ikan bilis, air, air asam jawa dan garam. Kacau rata.
  6. Biarkan mereneh selama 10 minit atau sehingga sambal pekat, kemudian angkat.

Cadangan Hidangan

Hidangkan nasi lemak panas-panas bersama sambal ikan bilis, telur rebus, kacang tanah goreng dan hirisan timun. Boleh juga ditambah lauk lain seperti ayam goreng, rendang, sambal sotong atau telur goreng.

arrow_upward