Resepi Petola Masak Air

Petola masak air. Di Kelantan petola dikenali dengan nama keteneh/tene dan masakan jenis ini dipanggil sayur air. Ia juga dipanggil masak sayur pedas sebab menggunakan lada hitam. Masakan ini ialah masakan rebus sepenuhnya, tak melibatkan menumis.

Selain masak air, petola juga sedap dimasak lemak putih, tumis air dan digoreng stir fry. Berikut dikongsikan resepi sayur air petola.


Resipi Sayur Air Petola

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 10 minit ♦ Hidangan: 3 orang


Bahan-bahan

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi petola masak air pedas dengan carrot. Kalau tak ada ikan rebus boleh digantikan dengan ikan bilis.

  • 1 batang petola 
  • ½ batang lobak merah (carrot)
  • 3 biji bawang merah
  • ½ sudu kecil lada hitam biji
  • 1 ekor ikan rebus
  • 6 ekor udang segar – optional
  • 1 biji cili hijau
  • 2 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa


Persediaan Bahan-bahan

  1. Bersihkan petola. Potong sedikit bahagaian hujung dan pangkalnya. Buang kulit keras tajam / gerigi menggunakan peeler. Kemudian belah dua dan akhir sekali potong serong.
  2. Tumbuk isi ikan rebus bersama bawang merah dan lada hitam. Jangan gunakan serbuk lada hitam sebab rasanya tidak sebaik rasa lada hitam biji.
  3. Potong serong lobak merah dan cili hijau.

petola masak sayur air

Sayur air petola dengan carrot


Cara Membuat

Berikut adalah langkah-langkah memasak sayur air petola.

  1. Jerang air di dalam periuk bersama bahan-bahan yang ditumbuk dan karot.
  2. Bila air menggelegak, masukkan dan udang.
  3. Bila udang berwarna kemerahan, masukkan petola dan cili hijau.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Didihkan sekejap, kemudian matikan api dan angkat.
  6. Hidangkan panas-panas.
arrow_upward