Resepi Udang Goreng Celup Tepung Rangup

Cara membuat udang goreng celup tepung rangup. Kalau ke Terengganu tak sah kalau tak cuba makanan laut goreng tepung atau lebih dikenali sebagai celup tepung. Selain keropok lekor dan keropok losong, udang celup tepung (UCT), ikan celup tepung (ICT) dan sotong celup tepung dah menjadi seakan makanan tema di sepanjang jalan persisiran pantai Terengganu.

Memasak udang celup tepung sememangnya mudah dan ringkas. Berikut kami kongsikan resipi udang goreng celup tepung.


Resipi Udang Goreng Celup Tepung

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 10 minit ♦ Hidangan: 3 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi udang goreng celup tepung. Untuk dapatkan tepung yang rangup, gunakan tepung beras dan kapur makan.

  • ½ kg udang segar
  • ½ cawan tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • ¼ sudu kecil serbuk kunyit
  • ¼ sudu kecil kapur makan – cairkan dengan sedikit air
  • ¼ sudu kecil garam secukup rasa
  • Air secukupnya

udang goreng celup tepung rangup

Udang celup tepung ... ringan, rangup dan sedap


Cara Membuat

Berikut adalah langkah-langkah memasak udang celup tepung.

  1. Bersihkan udang dan tuskan. Kemudian lap kering menggunakan paper towel.
  2. Bancuhkan adunan untuk menggoreng dengan mencampurkan tepung beras, tepung jagung, air kapur dan serbuk kunyit. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil mengacau untuk menghasilkan adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
  3. Untuk menggoreng, panaskan minyak banyak dalam kuali. Celupkan udang dalam bancuhan tepung dan goreng secara deep fry sehingga garing.
  4. Angkat dan tuskan.
  5. Hidangkan panas-panas ketika tepung masih rangup bersama sos pencicah.
arrow_upward