Resepi Laksa Lemak Kelantan

Cara buat laksa lemak Kelantan. Laksa lemak Kelantan kuahnya warna putih, sama dengan kuah laksam.

Di negeri Kelantan, jamuan laksa biasanya akan menyajikan laksa lemak sebagai hidangan utama dan laksa Penang sebagai hidangan sampingan. Laksam juga disediakan, dalam kuantiti yang sedikit untuk mereka yang tak suka / tak boleh makan laksa.

Berikut kami kongsikan resipi cara buat laksa lemak Kelantan.


Resepi Laksa Lemak Kelantan

Masa persediaan: 30 minit ♦ Masa memasak: 30 minit ♦ Jumlah hidangan: 4-5 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat laksa lemak.


⦿ Bahan-bahan Laksa
  • 1 kg laksa beras basah atau 1 paket laksa beras kering

⦿ Bahan-bahan Kuah
  • ½ kg ikan selayang/sardin
  • ½ kg santan pekat
  • 8 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ cm halia
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa

⦿ Bahan-bahan Kerabu (ulaman)
  • 1 biji timun batang
  • 4 batang kacang panjang
  • Secekak pucuk serai kayu / salam / samak
  • Secekak taugeh
  • Secekak daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan

⦿ Bahan-bahan Sambal Untuk Laksa
  • 5 biji cili merah
  • 5 biji cili padi
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji limau nipis

⦿ Bahan-bahan lain
  • 3 cm belacan (dibakar dan dipotong kiub) – optional

laksa lemak kelantan sedap


Cara Memasak

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyediakan laksa lemak Kelantan.


⦿ Cara Menyediakan Laksa
  1. Jika guna laksa kering, ia perlu direndam dahulu selama 2-3 jam.
  2. Kemudian rebus laksa hingga lembut.
  3. Lepas tu angkat, siram dengan air sejuk dan tuskan.

⦿ Cara Memasak Kuah Laksa Lemak

Berikut adalah langkah-langkah untuk memasak kuah laksa lemak Kelantan.

  1. Siang ikan, bersihkan dan tuskan. Rebus ikan sehingga masak (sekitar 5 minit). Buang tulang, tapi simpan air rebusan.
  2. Blend isi ikan dan air rebusan bersama bawang merah, bawang putih dan halia sehingga lumat.
  3. Masukkan ikan yang telah dikisar, lada hitam yang ditumbuk, santan dan asam gelugor ke dalam periuk.
  4. Masak dengan api sederhana sambil mengacau supaya kuah tidak pecah minyak.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Biarkan mendidih sekejap, kemudian tutup api dan angkat.
  7. Kuah sedia untuk dihidangkan bersama laksa.

⦿ Cara Menyediakan Kerabu Ulaman

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyediakan kerabu.

  1. Bersihkan semua sayuran/herba, kemudian tuskan.
  2. Mayang pucuk salam, daun kesum, kacang panjang dan bunga kantan.
  3. Belah timun batang, buang biji, kemudian sagat.
  4. Letak semuanya dalam satu bekas, tetapi secara berasingan.

⦿ Cara Menyediakan Sambal

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat sambal.

  1. Tumbuk atau kisar cili bersama garam dan gula.
  2. Perah jus limau nipis dan kacau sebati.


Cara Hidangan

Masukkan laksa ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah laksa ke atasnya. Tabur kerabu ulam-ulaman, letak sambal dan hirisan belacan. Sedia untuk dinikmati.

Click to go to top