Resepi Ikan Masak Sos Tiram
Cara masak ikan goreng sos tiram. Ikan masak sos tiram merupakan variasi masakan ikan goreng yang cukup mudah dan sedap. Cara memasaknya mudah dan lebihkurang sama sahaja dengan ikan masak kicap dan ikan masam manis, cuma bahan-bahannya sedikit berbeza.
Berikut kami kongsikan resepi ikan kembung masak sos tiram simple untuk anda cuba sendiri di rumah.
Resepi Ikan Masak Sos Tiram
Bahan-bahan
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ikan kembung masak sos tiram.
- 4 ekor ikan kembung
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 4 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 biji lada benggala / capsicum
- 2 biji cili hijau/merah
- Sedikit air asam jawa
- ½ cawan air
- Garam dan gula secukup rasa
Persediaan Bahan-bahan
- Siang ikan, bersihkan kemudian kelar. Gaulkan dengan garam kunyit.
- Mayang bawang putih. Potong bawang besar. Potong lada benggala.
Cara Memasak
Berikut adalah cara memasak ikan kembung sos tiram.
- Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan hingga garing. Kemudian angkat dan ketepikan.
- Gunakan sebahagian dari minyak yang sama untuk menumis bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan sos tiram, kicap, air, air asam jawa dan hirisan bawang besar. Perasakan dengan garam dan gula. Lebihkan air kalau nak banyak kuah. Kacau rata dan biarkan mendidih.
- Masukkan ikan yang telah digoreng dan lada benggala. Gaul sebati.
- Padamkan api, angkat dan hidangkan.