Ayam Goreng Mangga (Mango Chicken)

Resepi ayam goreng dengan mangga. Ayam Mangga atau Mango Chicken ini adalah antara menu yang agak popular di hotel dan restoran-restoran yang menyediakan masakan ala Thai.

Masakan ini simple, ringan dan rasanya masam, manis dan rangup. Boleh dinikmati dengan nasi putih atau diratah begitu sahaja.

Berikut kami kongsikan cara membuat ayam mangga (mango chicken) yang mudah.

ayam goreng mangga muda

Ayam mangga (mango chicken) ... sedap dan rangup


Resepi Ayam Goreng Dengan Mangga

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 20 minit ♦ Hidangan: 2-3 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ayam goreng mangga.

  • 2 keping dada ayam
  • 5 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • ½ sudu kecil lada sulah
  • Sedikit garam
  • Minyak masak untuk deep fry
  • 1 biji mangga muda atau separa masak
  • 4 biji cili padi

Bahan Sos
  • 2 sudu besar sos plum
  • 2 sudu besar sos cili Thai
  • ½ cawan air
  • Gula dan garam secukup rasa


Persediaan Bahan-bahan

  • Potong ayam nipis-nipis, bersihkan dan tuskan. Gaulkan ayam dengan lada sulah dan sedikit garam. Perapkan 15 minit.
  • Kupas mangga muda, buang biji, kemudian sagat. Hiris nipis cili padi.
  • Campurkan tepung gandum dan tepung jagung di dalam pinggan.


Cara Penyediaan

Berikut adalah cara memasak ayam mangga.

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Guling-gulingkan kepingan ayam yang telah diperap di dalam tepung, kemudian goreng secara deep fry sehingga garing.
  3. Angkat, tuskan dan ketepikan.
  4. Untuk membuat sos, campurkan semua bahan sos di dalam periuk. Masak sehingga pekat. Sos hendaklah ada rasa manis, untuk mengimbangi rasa masam mangga muda.
  5. Setelah sos sejuk, masukkan parutan mangga dan cili padi . Gaul rata biar mesra rasa.
  6. Satukan semua bahan di dalam pinggan hidangan sejurus sebelum dihidang - letak ayam ke dalam pinggan, kemudian letakkan parutan mangga di atas ayam, dan akhir sekali tuangkan saki baki sos.

Ayam mangga ini lagi sedap kalau dihidangkan dengan nasi panas, tomyam, daging masak merah, sambal belacan dan ulam timun.

Selamat mencuba resepi simple ayam goreng dengan mangga muda ala Thai.